• Main
  • News

♻️♻️

♻️♻️

♻️♻️???????????????? ♻️♻️
*PELUANG INFAQ dan MENYUMBANG*
- Gerobok Baju Sekolah Terpakai
'BERI YANG ELOK, AMBIL YANG PERLU'

PIBG SETEGUH bekerjasama dengan Unit Hal Ehwal Murid SK Taman Seri Gombak 2 menganjurkan program/kempen Gerobok Baju Sekolah Terpakai sempena cuti sekolah dan kembali ke sekolah.

*TUJUAN:* Membantu mengurangkan beban golongan yang memerlukan. Pihak ibubapa yang mempunyai pakaian sekolah yang tidak digunakan dan masih elok, amat digalak menyumbang.

LOKASI:
LALUAN DEPAN KEDAI BUKU SETEGUH, SK Taman Seri Gombak 2

*CARA-CARA:*
1. Bagi yang berminat untuk menyumbang, silalah bawa baju dan seluar sekolah bersama hanger.

2. Sangkut di penyangkut yang akan di sedia mengikut bahagian lelaki dan perempuan dan susun ikut kategori saiz.

3. Bagi yang hendak ambil, silalah pilih pakaian dan cuba saiz. Jika tidak sesuai, sila letak semula pada penyangkut. Mohon jangan disepah sepahkan.

4. Pakaian yang sesuai boleh masukkan dalam plastik dan bawa pulang .

*HARAPAN:* Semoga usaha ini memberi manfaat kepada yang memerlukan, di permudahkan urusan dan diberkati Allah SWT.

Mohon sokongan semua pihak. Terimakasih.
#pibgseteguh #hemseteguh


About Us